ALOR SETAR - Bermula hari ini bekalan ikan di seluruh negara kembali pulih apabila Persatuan Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia bersetuju membatalkan untuk memboikot import ikan.
Pengerusinya, Datuk Yusoff Ismail berkata, pengimport ikan daripada Thailand dan Indonesia telah diarahkan agar tidak menghentikan operasi membawa masuk bekalan ikan ke negara ini.:
Yusoff berkata, sekiranya pengimport menghentikan membawa masuk bekalan ikan disebabkan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG), masalah bekalan ikan tidak mencukupi akan timbul.
“Kita telah mengarahkan agar pengimport membawa masuk bekalan ikan kerana kita tidak mahu berlakunya kekurangan bekalan ikan kepada pengguna.
“Kita juga tidak mahu apabila pemborong ataupun penjual ikan yang menukar kotak lama kepada KIBFG menaikkan harga ikan disebabkan harga KIBFG yang mahal,” katanya selepas membuat tinjauan harga ikan di Pasar Besar Alor Setar, semalam.
Menurutnya, kenaikan harga ataupun bekalan tidak mencukupi tidak berlaku di negeri Kedah kerana mempunyai bekalan ikan tempatan yang mencukupi namun masalah bekalan ikan tidak mencukupi berlaku di Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang.
Katanya, selain mengarahkan pengimport agar tidak menghentikan operasi membawa masuk bekalan ikan, pengimport telahpun dibenarkan untuk mendapatkan KIBFG daripada mana-mana pengilang asalkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
"KIBFG boleh diperolehi daripada enam pengilang apabila dua pengilang telahpun bersetuju untuk menggeluarkannya," katanya. SHarian
No comments:
Post a Comment