KUALA LUMPUR, 4 Mac — Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Noordin bertindak keluar sebagai tanda protes apabila lembaga disiplin tidak memenuhi permintaannya agar anggota panel hanya terdiri daripada kalangan Muslim.
Pada masa yang sama kata Zulkifli (gambar), beliau tiada rancangan untuk keluar parti itu, untuk mengikut langkah tiga orang rakannya.
Sebaliknya tegas Zulkifli, beliau akan terus cuba mempertahankan dirinya termasuk dalam soal siasatan lembaga disiplin.
Malah menurutnya, beliau akan menunggu sehingga permintaannya itu dipenuhi.
Pada sidang media selepas lembaga disiplin mula bersidang pada pukul 3 petang tadi, Zulkifli menggesa agar panel lembaga itu dibubarkan dengan digantikan dengan anggota baru.
Kata Zulkifli, beliau kecewa kerana permintaannya itu ditolak walaupun ia telah dikemukakan tiga kali bulan lalu.
“Demi keadilan, seseorang mestinya diadili dengan baik oleh kalangan mereka (seagama),” kata beliau.
Ia merupakan salah satu daripada lapan permintaan yang beliau letakkan di hadapan lembaga disiplin berkenaan.
Zulkfili disiasat lembaga disiplin berhubung tindakannya membuat aduan di bawah Akta Hasutan terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari PAS.
Permintaan itu dikemukakan semula Isnin lalu.
Kata Zulkifli, beliau terkejut apabila mengetahui anggota panel lembaga yang mendengar kesnya hari itu terdiri daripada seorang bergama Islam iaitu pengerusinya, dua aktivs Kristian dan seorang beragama Hindu. - Themalaysianinsider
No comments:
Post a Comment