09 February 2010

Wanita maut kereta rempuh treler di tepi lebuh raya

IPOH 9 Feb. – Seorang wanita terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 207.5 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kamunting hari ini.

(Gambar Hiasan)

Jurucakap polis berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 4.32 petang tadi dikenali sebagai Tai Yuen Keow, 39, berasal dari Lawan Kuda, Gopeng.

Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut jurucakap itu, kejadian berlaku apabila mangsa yang memandu sendirian sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Butterworth, dikatakan gagal mengawal keretanya lalu terbabas dan merempuh belakang sebuah treler yang diletakan di tepi lorong kecemasan di lebuh raya berkenaan. – Bernama

* Pengguna / rakyat seolah-olah dibunuh oleh kenderaan yang diletakkan di tepi lorong kecemasan. Ini menunjukkan tahap keselamatan jalan raya gagal disediakan oleh kerajaan UmnoBN.

No comments:

Post a Comment