19 February 2010

Tidak perlu sidang khas, kes liwat bersifat peribadi – PM

MARAN 19 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, sidang khas Dewan Rakyat untuk menggugurkan pendakwaan kes liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak diperlukan kerana kes itu tidak ada kaitan sama sekali dengan kerajaan dan kepentingan negara.

Tegas Perdana Menteri, pendakwaan kes tersebut adalah bersifat peribadi yang membabitkan Ketua Pembangkang itu dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen UMNO Pahang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka di sini hari ini. – Utusan

* Kalau sudah 1dunia kutuk perbicaraan penuh keraguan ini. Ia mengancam keselamatan dalam negara kita. UmnoBN peduli apa...

No comments:

Post a Comment