15 February 2010

Saiful sedia sambung keterangan di mahkamah

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Pengadu dalam kes pertuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bersedia untuk disoal balas oleh pihak pembelaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Katanya, dia akan terus berdoa, istiqamah serta bersabar dalam proses memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini nanti.

''Bagaimanapun, perbicaraan ditangguhkan buat sementara waktu ke 18 Februari ini untuk mahkamah membuat keputusan terhadap permohonan peguam tertuduh supaya hakim yang mendengar kes ini menarik diri daripada perbicaraan,'' katanya.

Mohd. Saiful Bukhari berkata demikian melalui entri di blognya bertajuk Trial, Delay, Facebook Cross-Examination & Happy Chinese New Year hari ini.

Perbicaraan yang disifatkan sebagai berprofil tinggi itu ditangguhkan sementara mahkamah membuat keputusan tentang permohonan pihak pembelaan Anwar agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

Sementara itu, Mohd. Saiful Bukhari dilihat tetap menghormati institusi mahkamah dengan enggan mengulas mengenai pandangannya terhadap perbicaraan tersebut.

''Maaf, saya tidak boleh memberi apa-apa komen tentang keterangan saya kerana kes ini masih di peringkat perbicaraan dan kerana saya belum selesai memberi keterangan di mahkamah,'' katanya.

Dalam perkembangan sama, dia memberitahu, akaun FanPage 'Justice 4 Saiful Bukhari' (Keadilan untuk Saiful Bukhari) di laman web sosial FaceBook telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. - Utusan

* Simpan sabar itu kerana kamu memang sangat memerlukannya nanti...

No comments:

Post a Comment