03 February 2010

Saiful bersyukur

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Penat tetapi bersyukur. Itu reaksi ringkas bekas pembantu Ketua Pembangkang, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, ketika ditanya mengenai prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Walaupun prosiding hari ini terpaksa ditangguhkan ke petang esok, Mohd. Saiful Bukhari menyatakan dia sudah bersedia untuk memberi keterangan.

“Akhirnya selepas menunggu selama setahun setengah, saya mendapat peluang untuk memberi keterangan dan mempertahankan diri saya. Penat tetapi ia memberikan kekuatan kepada saya,” katanya sambil tersenyum.

Turut menemani Mohd. Saiful Bukhari ialah bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan peguam pemerhati mewakilinya, Zamri Idrus.

Bagaimanapun, ketika ditanya kemungkinan perbicaraan akan ditangguhkan sekali lagi, riak wajahnya berubah dan sempat bertanya kepada peguamnya.

Zamri menyatakan, walau apa pun, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah mengarahkan kes tersebut dibicarakan esok bermula pukul 2.30 petang.

Pagi esok, pihak pembelaan bagi kes liwat Anwar akan bertemu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff di Putrajaya bagi memohon tarikh awal semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu.

Pada 29 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan beberapa dokumen penting dengan alasan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak layak untuk dibekalkan dengan dokumen tersebut kerana perbicaraan masih belum bermula.

Pada sidang akhbar itu juga, Mohd. Saiful Bukhari memberitahu, dia tidak berasa tertekan dan turut menafikan bersubahat dengan Perdana Menteri serta isteri untuk mengenakan Anwar.

“Tidak, tidak, tidak. Tidak benar, saya akan beri keterangan esok,” jelasnya. - Utusan
*Sekarang dua beranak sudah berjanggut. Saiful pula mula membela 'tanda sujud' yang hanya dia dan Tuhan tahu niatnya.

No comments:

Post a Comment