Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mengendalikan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meluangkan masa sejam memeriksa unit kondominium, tempat didakwa berlakunya perbuatan itu pada 2008.Anwar dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan hadir sama.
Mohd. Saiful menunjukkan tempat Anwar duduk di ruang tamu dan bilik tidur utama.
Mohd. Saiful membuat pengakuan diliwat kepada doktor lelaki berketurunan India bernama Dr. Daniel ketika di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dr. Daniel menulis
nota dan mengarahkan Mohd. Saiful ke wad kecemasan di HKL.
Seorang doktor menasihati Mohd. Saiful membuat laporan polis kerana tanpa laporan itu, pemeriksaan tidak boleh dijalankan. - Utusan
No comments:
Post a Comment