08 February 2010

Rompakan bersenjata di pelantar: Dua pekerja hilang

KOTA KINABALU 8 Feb. – Dua lelaki tempatan dilaporkan hilang selepas pelantar pembiakan rumpai laut di Pulau Sebangkat, Semporna dirompak sekumpulan lelaki bersenjatakan raifal, awal pagi ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, polis percaya kejadian itu didalangi rakyat tempatan dan tidak melibatkan jaringan pengganas luar negara.

“Polis yakin kumpulan perompak itu masih berada dalam perairan Sabah,” katanya pada sidang akhbar di sini lewat petang ini. – Utusan

No comments:

Post a Comment