04 February 2010

Rayuan: Peguam Anwar temu Alauddin dapatkan tarikh awal

PUTRAJAYA 4 Feb. – Peguam-peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff di sini hari ini.

Pertemuan itu bertujuan memohon tarikh awal perbicaraan bagi mendengar rayuan Anwar untuk menangguhkan perbicaraan kesnya yang sedang berlangsung dan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya.

Hakim Alauddin memaklumkan secara lisan kepada pihak-pihak yang berkenaan bahawa rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat akan didengar pada 12 Februari.

Ketika dihubungi media di sini, peguam Anwar, S.N. Nair berkata, beliau telah menerima pengesahan tarikh itu melalui satu faks dari Pendaftar Mahkamah Rayuan pukul 5 petang ini.

Usul Anwar untuk mendapatkan perintah penangguhan bagi perbicaraan kes liwatnya akan turut didengar pada hari yang sama. – Bernama

* Umno mahu cepat kes ini untuk modal kempen pilihanraya di Perak yang dijangka berlaku tidak lama lagi...

No comments:

Post a Comment