07 February 2010

Permulaan dekati rakyat

JERLUN 6 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak andaian bahawa pelancaran Program Juara Rakyat peringkat negeri Kedah di kawasan parlimen Jerlun hari ini sebagai menandakan bahawa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemilihan Jerlun sebagai permulaan pelancaran program mendekati rakyat hanya kebetulan dan ia adalah cadangan UMNO Kedah.

"Tak ada, kebetulan sahaja pilih Jerlun.., pengurusan parti (UMNO) minta supaya kita turun ke negeri-negeri dan bila diserahkan kepada perhubungan negeri (UMNO Kedah), kawasan ini dipilih," katanya selepas merasmikan Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO mengulas ketika ditanya desas-desus mengenai persiapan awal Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil di DUN Kota Siputeh berdasarkan tumpuan penuh parti berkenaan di kawasan itu dengan penganjuran pelbagai program kebelakangan ini.

Bagaimanapun, kata beliau, UMNO telah lama bersedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk pilihan raya tetapi menyerahkan keputusan itu kepada mahkamah. - Utusan

* Susah hendak percaya Muhyidin...

No comments:

Post a Comment