
Beliau mengulas kontroversi berhubung siapa menteri besar Perak yang sah antara Nizar dengan menteri besar sekarang ini, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Profesor undang-undang dari UIA itu menjelaskan sejak setahun lalu, Zambry banyak membuat keputusan semasa 'pemerintahan' Barisan Nasional.
“Keputusan yang memihak kepada Nizar akan menjadi keputusan-keputusan (Zambry) sebagai tidak sah,” tegasnya.
Situasi berkenaan sudah tentu akan menyaksikan keadaan yang kucar kacir di Perak dan menjejaskan keyakinan pelabur asing ke negeri itu.
Keputusan pentadbiran Zambry, termasuk pembentangan bajet negeri baru-baru ini juga akan menjadi tidak sah.
Abdul Aziz juga menolak cadangan daripada sesetengah pihak jika mahkamah membuat keputusan prospektif bagi mengatasi kesulitan berkenaan. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment