08 February 2010

Pembelaan cuba lucutkan hakim

Perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memasuki hari keempat dengan pihak pembelaan menyoal balas Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, peguambela Anwar memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilucutkan daripada mendengar perbicaraan itu.

Pasukan peguam Anwar diketuai oleh Karpal Singh dan dibantu oleh Param Cumaraswamy, CV Prabhakaran, SN Nair, Ram Karpal Singh Deo, Marisa Regina Fernando and Mohd Razlan Jalaluddin.
Pihak pembela memohon supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilucutkan daripada mendengar perbicaraan itu kerana enggan melayan permohonan supaya tindakan menghina mahlamah kenakan ke atas Utusan Malaysia.

Saiful merupakan saksi pertama. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment