04 February 2010

Pelajar tajaan kerajaan tidak dibenar tangguh kepulangan

KUALA LUMPUR: Pelajar tajaan kerajaan di luar negara tidak lagi dibenarkan menangguhkan kepulangan ke tanah air untuk menunggu pasangan masing-masing tamat pengajian.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awama (KPPA), Tan Sri Ismail Adam, dalam satu pekeliling hari ini, menyatakan kelonggaran yang diberikan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007 sebelum ini sudah dibatalkan.

"Kerajaan berpandangan bahawa dengan mengambil kira bidang tertentu yang amat diperlukan negara, pelajar dalam bidang tersebut perlu kembali ke tanah air untuk menyumbang khidmat bakti mereka kepada masyarakat dan negara bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat tidak terjejas.

"Pelbagai pihak tidak bersetuju dengan dasar penangguhan balik sedia ada yang memberi kebenaran kepada pelajar tajaan Kerajaan untuk menangguhkan kepulangan mereka selepas tamat pengajian.

"Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, dasar

penangguhan balik pelajar tajaan Kerajaan di luar negara seperti di Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007 adalah dibatalkan," katanya. - Bharian

* Batal ikut suka hati dia. Susah orang di luar negara itu tidak difikirkan. Ramailah yang memilih untuk membayar denda kerana tidak mahu balik. Atau itu tujuannya kerana kerajaan tida wang. Yang pasti mereka akan menjadi pembangkang apabila pulang...

No comments:

Post a Comment