05 February 2010

Nasir Safar akan dipanggil untuk beri keterangan – Polis

MELAKA 5 Feb. – Polis Melaka akan memanggil bekas pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar bagi melengkapkan siasatan kes berikutan kenyataan beliau yang dikatakan berbaur perkauman.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, Nasir akan dipanggil untuk rakaman percakapan secepat mungkin pada Isnin atau Selasa minggu depan.

"Sehingga kini siasatan kes telah lengkap 85 peratus dan hanya menunggu percakapan beliau sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan kes mengikut Akta Hasutan 1948 dan sehingga kini, polis telah mengambil keterangan daripada 30 saksi termasuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), peserta kursus dan wartawan.

Beliau berkata, sebanyak 45 laporan polis telah dibuat di seluruh negara berhubung kenyataan Nasir, 61, yang juga Timbalan Ketua UMNO Tanjung Piai, Johor.

Nasir, dalam satu kenyataan semalam, meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia berhubung ceramahnya yang dianggap bersifat perkauman. – Bernama

* Kesalahan dia lebih teruk dari Adukataruna.

No comments:

Post a Comment