23 February 2010

Nakhaie saman Asri RM1.5 juta

KUALA LUMPUR - Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad mengemukakan saman fitnah sebanyak RM1.5 juta terhadap bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan tujuh defendan lain termasuk akhbar Sinar Harian atas dakwaan menuduh dirinya terlibat dalam rasuah dan penyelewengan semasa menerajui yayasan itu.

Nakhaie, 67, selaku plaintif memfailkan tuntutan saman itu di kaunter Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini pada pukul 11.22 pagi semalam menerusi firma guaman Tetuan Ibrahim & Fuaadah.

Selain Mohd. Asri, 39, sebagai defendan pertama, Nakhaie juga meletakkan syarikat penerbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. dan Akhbar Cabaran Sdn. Bhd. yang menerbitkan Sinar Harian, masing-masing defendan kedua dan ketiga.

Ketua Kumpulan Eksekutif Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan tiga yang lain iaitu Sri Diah, Azmi Tarmizi, Lailatun Khalilah Nasir (ketiga-tiga editor) dan wartawan Siti Azila Alias turut dinamakan sebagai defendan keempat hingga kelapan.

Nakhaie yang ditemui media berkata, kenyataan yang dikeluarkan Mohd. Asri di dalam media sebelum ini menyentuh tentang kewibawaan dan peribadi sehingga menjadi perbualan masyarakat bahawa dirinya mengamalkan rasuah. - Kosmo

* Tua-tua tu maafkan sahajalah. Langsung tidak boleh buat contoh...

No comments:

Post a Comment