KUALA LUMPUR - Seorang isteri sanggup menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan sebuah laptop (komputer riba kecil) bernilai RM1,500 pemberian suami biarpun cedera parah di muka hingga terpaksa menjalani pembedahan hidung apabila diseret dua lelaki yang meragutnya kelmarin.
(GAmbar:BEGINILAH keadaan muka Maizura (kanan) yang cedera parah selepas diseret oleh seorang lelaki sejauh 10 meter dalam kejadian ragut di Taman Setiawangsa kelmarin berbanding sebelumnya (kiri).)
Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu berlaku berhampiran sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) miliknya di Taman Setiawangsa di sini apabila mangsa yang dikenali sebagai Maizura, 36, yang baru keluar dari kereta bersama seorang pembantunya didatangi dua lelaki bersenjatakan sebilah pisau.
Selepas itu, salah seorang lelaki tersebut bertindak mengacu senjata itu pada leher pembantunya berusia 23 tahun manakala seorang lagi meragut beg tangannya yang mengandungi komputer riba jenama Hewlett Packard (HP) yang dibawanya.
Enggan menyerah kalah, Maizura yang begitu sayangkan komputer riba tersebut kerana dihadiahkan suaminya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 pada 14 Februari lalu, bertindak melawan suspek hingga berlaku pergelutan.
* Polis mana?
No comments:
Post a Comment