12 February 2010

Mufti Selangor gesa boikot premis tidak pamer sijil halal

SHAH ALAM - Orang ramai dinasihati memboikot premis yang menjual makanan tanpa mempamerkan sijil ataupun tanda halal walaupun premis berkenaan dimiliki oleh orang Melayu beragama Islam.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, pelanggan mestilah memastikan premis yang dikunjungi mempamerkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam di setiap negeri yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkannya.

“Pihak yang mengeluarkan sijil halal harus memantau segala aktiviti yang berkaitan dengan penyediaan makanan terutamanya dari aspek penyembelihan.

“Saya sendiri merasa hairan dengan sikap sesetengah pemilik premis Melayu beragama Islam yang tidak mendapat dan mempamerkan sijil halal sedangkan, pemilik premis yang bukan beragama Islam berusaha untuk mendapatkannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, satu unit khas ditubuhkan bagi memantau proses penyembelihan ayam untuk memastikan penyembelihan dilakukan oleh orang yang beragama Islam dan jika keadaan sebaliknya berlaku, sijil dan tanda halal akan ditarik balik.

Menurutnya, isu yang berkaitan dengan halal tidak boleh dipandang remeh oleh semua pihak.

Sebelum ini, terdapat tiga laporan polis yang telah dibuat oleh orang awam berhubung kekeliruan pengguna terhadap penggunaan sijil halal palsu yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab secara berleluasa. - Sinar Harian

* Suruh Boikot? Mesti beza mufti dengan orang biasa...

No comments:

Post a Comment