BAITULMAQDIS 11 Feb. - Seorang lelaki Palestin semalam menikam dan membunuh seorang warga Israel di utara Tebing Barat.
``Seorang `pengganas’ Palestin menikam seorang lelaki Israel ketika dia duduk dalam keretanya di sebuah persimpangan lampu isyarat dekat kota Nablus,’’ kata jurucakap tentera Israel.
Menurutnya, mangsa cuba melarikan diri namun keretanya terbalik.
``Dia dibawa ke sebuah hospital di Israel di mana disahkah sudah meninggal dunia,’’ katanya sambil menambah lelaki Palestin itu telah ditangkap.
Mangsa kemudiannya disahkan sebagai seorang anggota tentera Israel.
Seorang pegawai keselamatan Palestin mengenal pasti penyerang terbabit, Mohammed al-Khatib, seorang pegawai polis dari Jenin. - AFP
No comments:
Post a Comment