KABUL 12 Feb. - Satu pasukan keselamatan gabungan Afghanistan dan pasukan antarabangsa membunuh lebih 20 militan hari ini dan berjaya menangkap lebih lima orang dalam satu pertempuran di wilayah barat Farah, menurut Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Pertempuran itu bermula semasa pasukan gabungan itu menjalankan operasi mencari komander Taliban yang dipercayai bertanggungjawab merancang serangan berani mati yang mensasarkan beberapa siri kawasan di daerah Baghwa di Farah.
Seorang militan yang bersembunyi di dalam salah sebuah kawasan terbabit bertindak melemparkan bom tangan, dan kemudian meletupkan pakaian yang dilengkapi bom semasa pasukan gabungan itu cuba memasuki bangunan tersebut.
Selepas letupan itu, sekumpulan militan menyerang pasukan gabungan itu, sekali gus mencetuskan tembakan berbalas, menurut NATO.
Bagaimanapun, tiada seorang pun yang terbunuh di kalangan anggota pasukan gabungan itu. - AP
No comments:
Post a Comment