DERA ISMAIL KHAN, Pakistan 3 Feb. - Ledakan lapan peluru berpandu di dua kawasan barat laut Pakistan dekat sempadan Afghanistan, dipercayai dilancarkan oleh Amerika Syarikat telah membunuh sekurang-kurangnya enam orang disyaki anggota militan, kata para pegawai perisikan.
Para pegawai berkata, peluru berpandu itu telah meledak di kawasan Degan, utara Waziristan iaitu salah satu wilayah Pakistan yang dikuasai militan dalam melancarkan serangan balas ke atas tentera Amerika Syarikat dan NATO di Afghanistan.
Amerika Syarikat bagaimanapun enggan bercakap mengenai program oleh CIA di Pakistan itu tetapi pegawainya mendakwa, serangan peluru berpandu secara rahsia itu telah membunuh beberapa orang pemimpin kanan Taliban dan Al-Qaeda. - AP
No comments:
Post a Comment