06 February 2010

Kredit bonus: TH tutup operasi mesin ATM, CDM dua hari

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Perkhidmatan transaksi Lembaga Tabung Haji (TH) di rangkaian perkhidmatan mesin pengeluaran tunai (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) di Bank Islam Berhad dan Bank Kerjasama Malaysia ditutup bermula pukul 6 petang ini hingga 11 pagi esok.

Menurut kenyataan TH di sini hari ini, penutupan operasi itu adalah disebabkan proses mengkreditkan bonus pendeposit oleh pihak bank.

Berikutan itu, pihak pengurusan TH memohon maaf di atas kesulitan yang timbul kepada pendeposit TH dan orang ramai sepanjang tempoh penutupan itu. – Bernama

No comments:

Post a Comment