07 February 2010

Kontraktor rentung nahas dua kereta bertembung

ROMPIN 7 Feb. - Seorang kontraktor rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas bertembung dengan sebuah lagi kereta di Jalan Bahau-Kuantan berhampiran Bukit Serok dekat sini malam tadi.

Mangsa, Amiruddin Abd. Rahman, 31, maut selepas gagal keluar dari kenderaannya berikutan tangan kirinya tersepit ketika kereta jenis Mazda itu terbakar dalam kejadian pada pukul 8 malam tersebut.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Supritendan Johari Jahaya berkata, mangsa yang memandu seorang diri dipercayai dalam perjalanan dari Kuantan untuk pulang ke kampungnya di Port Dickson, Negeri Sembilan. – Utusan

No comments:

Post a Comment