AMPANG: Kesan gigitan cinta di leher anaknya membuatkan seorang ibu terkejut sebelum mengesyaki kemungkinan anaknya menjadi mangsa rogol sebelum membuat laporan polis.
Bagaimanapun, selepas pemeriksaan, ibu terbabit menarik nafas lega apabila mendapati anaknya yang berusia belasan tahun itu tidak dirogol, tetapi polis menahan seorang remaja lelaki. Selepas disiasat, remaja terbabit dikehendaki kerana mempunyai rekod dalam kes rogol di utara Semenanjung.
Ibu berusia 30-an berkenaan pada mulanya menghantar anaknya itu ke rumah neneknya di Setapak, Jumaat lalu dan menjadi kebiasaan dia akan menghantar anak gadisnya itu sementara berada di tempat kerja. Namun, ketika mahu menjemput anaknya pulang, dia terkejut apabila mendapati remaja terbabit tidak berada di rumah neneknya sebelum mencarinya. “Walaupun puas mencari, namun gadis itu tidak ditemui membuatkan ibunya mula bimbang sebelum dia menemui kembali anaknya berada di sebuah rumah di Taman Melawati.
“Gadis terbabit menumpang di rumah sepupunya dan memberitahu ibunya mahu tinggal di rumah itu buat sementara waktu,” katanya. Menurutnya, bagaimanapun Isnin lalu, sepupu gadis terbabit menghubungi ibunya dan memberitahu anak gadisnya keluar dengan seorang lelaki. “Sepupunya itu mula risau kerana gadis terbabit langsung tidak memberitahu ke mana dia pergi membuatkan dia mengambil keputusan memberitahu ibunya,” katanya.
Menurutnya, ibu gadis itu yang mengetahui anaknya keluar bersama seorang lelaki yang juga dikenalinya sebelum dia menghubungi remaja terbabit keesokannya untuk bertanyakan sama ada anaknya berada bersamanya ketika itu. “Namun, remaja lelaki itu menafikan gadis terbabit berada bersamanya membuatkan wanita berkenaan mula risau keselamatan anaknya. “Bagaimanapun, selepas didesak, remaja lelaki itu mengakui yang gadis terbabit ada bersamanya sebelum dia menghantar kembali anak wanita berkenaan,” katanya.
Sumber itu berkata, sejurus anaknya ditemui, wanita itu mula bimbang apabila dia melihat kesan gigitan cinta di leher anak gadisnya dan kerana takut anaknya menjadi mangsa rogol, dia membuat laporan polis. “Wanita berkenaan membawa anaknya menjalani pemeriksaan dan lega apabila laporan perubatan menunjukkan anaknya tidak dirogol.
“Susulan laporan itu, polis menahan seorang remaja berusia 18 tahun untuk membantu siasatan dan pemeriksaan mendapati suspek mempunyai rekod bersabit satu kesalahan rogol,” katanya. - Mymetro
No comments:
Post a Comment