12 February 2010

Jurulatih MSN dilepaskan tanpa dibebaskan

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Jurulatih menembak Majlis Sukan Negara (MSN), Zamil Ahmad Murad, 49, dilepaskan tanpa dibebaskan daripada tuduhan membunuh Syed Haikar Iskandar Syed Mahdzar, 34, dalam satu kejadian 1 Februari lepas.

Ini selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail meneliti laporan kes tersebut yang mendapati terdapat keterangan yang menunjukkan suspek bertindak bagi mempertahankan dirinya.

Semalam, Zamil dihadap ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana menembak mati mangsa dan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Dalam kejadian pada 1 Februari itu, tertuduh menembak mati mangsa yang ketika itu cuba memecah masuk ke rumahnya melalui pintu belakang. - Utusan

* Baru betul. Tak kan hendak tunggu penceroboh rogol, rompak, bunuh di dalam rumah kita sendiri? Lagi polis patut berterima kasih pada jurulatih ini kerana memudahkan tugas mereka.

No comments:

Post a Comment