10 February 2010

Hujah Karpal

9.41 am: Karpal memulakan dengan permohonan untuk hakim menarik diri dari membicarkan kes.

9.42 am: Ia bukan saja satu perkara penting malah merupakan asas bahawa keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, bahkan mesti kelihatan dilaksanakan. Satu kata-kata lahir pada tahun 1924 dibawa oleh Karpal di dalam mahkamah pagi ini.

9.45 am: Tidk ada makna menuduh akhbar luar negara kerana mengkritik sistem perundangan negara kita jika kita tidak berjaya menunjukkan keupayaan kita.

9.48 am: Karpal terus memberikan kes-kes precedent.

9.50 am: Bangalore Principles: "Tidak Berpihak" merupakan elemen asas yang diperlukan dari seseorang hakim. Dan juga persepsi terhadap "tidak berpihak".

9.51 am: Karpal menyatakan hakim telah bersalah kerana tidak menegakkan kebenaran di dalam mahkamah sejak hari perbicaraan bermula.

9.55 am: Nama Utusan Malaysia disebut. Karpal merujuk kepada gambar-gambar yang ada di halaman akhbar tersebut.

9.57 am: Hakim Yang Arif telah memberitahu : "Tidak ada apa-apa kesalahan pada tajuk gambar itu dan bahan bukti itu diberikan di dalam mahkamah terbuka."

9.59 am: Karpal merujuk kepada laporan ahkbar online Malaysiakini tentang keputusan hakim terhadap Utusan Malaysia.

10.00 am: Karpal berkata: Yang Arif tidak menyatakan yang benar, yang bermakna Yang Arif telah berbohong.

10.01 am: Jika Yang Arif tidak jujur, maka Yang Arif tidak boleh berlaku adil dan tidak berpihak.

10.04 am: Nama Najib disebut di dalam konteks beliau sebagai Ketua UMNO yang memiliki Utusan Malaysia.

10.06 am: Utusan Malaysia, sepatutnya telah diambil tindakan menghina mahkamah.

10.08 am: Karpal berkata : Yang Arif telah mencemarkan hak Yang Arif untuk duduk di kerusi itu.

10.12 am: Pihak judiciari mesti membetulkan hal ini. Yang Arif perlu membetulkan juga peranan Yang Arif. - www.greenboc.blogspot.com

No comments:

Post a Comment