Kali terakhir beliau didapati keluar daripada rumahnya dengan kenderaan pacuan empat roda, Toyota Unser berwarna merah dengan nombor pendaftaran WJD4469.

Semenjak daripada tarikh itu, beliau tidak muncul-muncul dan nombor telefonnya tidak lagi dapat dihubungi.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Sdra Kamaruzaman Mohamad memaklumkan kepada krew PemudaGombak.com bahawa sehingga kini usaha mencari Tuan Haji Mohamad Nor sudah menemui petunjuk.
“Kereta dan telefon beliau dikesan berada di Temerloh. Kita sudah meminta pertolongan daripada rakan-rakan kita di sana”, kata Sdra Kamaruzaman Mohamad yang juga Setiausaha Pemuda PAS Pusat.
Krew PemudaGombak.com dan seluruh ahli jawatankuasa dan ahli Pemuda PAS Gombak mendoakan keselamatan beliau. - www.pemudagombak.com
No comments:
Post a Comment