KUALA LUMPUR, 4 Feb: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta jam 9.30 pagi ini bagi perbicaraan kes liwat terhadapnya.
Kehadiran beliau disambut laungan reformasi para penyokong yang memenuhi perkarangan mahkamah sejak awal pagi.
Kawalan keselamatan bagaimanapun semakin ketat berbanding semalam. - Harakahdaily
No comments:
Post a Comment