12 February 2010

Anuar Shaari tampil beri maklumat mengenai Raja Petra

MELAKA 11 Feb. – Bekas pembantu khas kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil memberi maklumat kepada polis di sini berhubung penyiasatan bagi mengesan bekas editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin, yang kini dilaporkan berada di luar negara.

Anuar Shaari, 41, yang pernah bertugas di Kementerian Kewangan semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, berkata, Raja Petra boleh dijejaki menerusi seorang strategis media rakyat Pakistan, Aasil Kazi Ahmad.

"Aasil sering berurusan keluar masuk ke negara ini sejak 2004 dan mempunyai kaitan dengan seorang tokoh politik pembangkang,” katanya kepada pemberita di balai polis Melaka Tengah.

Anuar, 41, yang kini mengusahakan perniagaan dan menetap di sini, berkata, maklumat serta gambar Aasil yang diserahkan kepada polis adalah atas tanggungjawabnya sendiri dan juga nasihat oleh pihak polis.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd. Rahman mengesahkan beliau telah ditemui oleh Anuar yang bersedia membantu polis menjalankan siasatan. – Bernama

No comments:

Post a Comment