10 February 2010

Amaran angin kencang, ribut petir di perairan Sabah, Perak, Selangor

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Keadaan angin kencang dan laut bergelora di kawasan sekitar perairan Sabah iaitu Kudat, Sandakan dan Tawau serta beberapa tempat lain di Palawan, Sulu dan Sulawesi dijangka berterusan sehingga Khamis ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).

Ia berkata, dengan angin selaju antara 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan ombak setinggi 3.5 meter, keadaan adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu, aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Perak dan Selangor pula dijangka berterusan sehingga tengah hari ini dengan angin kencang sehingga 50km/j dan ombak boleh mencapai ketinggian 3.5 meter. – Bernama

No comments:

Post a Comment