06 February 2010

Aasil Kazi Boleh Bantu Siasatan 'Kehilangan' Raja Petra - Anuar Shaari

PETALING JAYA:Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, hari ini menyatakan sokongannya terhadap kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latif Ahmad baru-baru ini, berkaitan watak dan kebolehan Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan dalang yang menajanya.

Dalam sebuah artikel yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, individu tersebut mempunyai personaliti yang sama seperti Raja Petra iaitu bijak memutar belit isu.

Abdul Latif dipetik sebagai berkata, "Raja Petra yang cekap mengendalikan media tidak mungkin 'tunduk' atau mengikut telunjuk individu yang lebih lemah daripadanya dalam aspek kepakaran mencipta kontroversi."

Menurut Anuar dalam sebuah kenyataan media hari ini, beliau amat menyokong kenyataan Abdul Latif seperti yang disiarkan dalam akhbar tersebut berkaitan watak dan kebolehan Raja Petra Kamaruddin.

"Ramai antara kita mengakui bahawa Raja Petra Kamarudin adalah seorang 'media genius'.

"Sebagai seorang yang mempunyai kepakaran ini, RPK amat berkebolehan memanipulasi minda masyarakat untuk mempercayai sesuatu isu walaupun isu yang dikemukakan beliau tidak mempunyai fakta dan asas yang kukuh," kata Anuar.

Jelasnya lagi, RPK dan beberapa orang rakan beliau, mempunyai 'kepakaran' ini bagi mengheret dan mengelirukan rakyat Malaysia dengan isu-isu tempatan tanpa dokongan bukti yang kukuh.

"Antaranya ialah Aasil Kazi Ahmad, seorang 'media strategist'. Beliau adalah seorang Pakistan yang memegang paspot Amerika Syarikat.

"Saya difahamkan Aasil Kazi Ahmad, memang mengetahui banyak perkara mengenai Raja Petra Kamaruddin dan dapat membantu siasatan dengan memberi keterangan kepada pihak berkuasa tentang misteri Raja Petra. Aasil juga tahu tentang Buletin Herald Catholic Weekly," kata Anuar. - Mstar

* Jika tidak kerana Raja Petra & the geng, kes seperti Altantuya akan hilang tanpa dibicarakan. Itu pun kes Altantuya masih menjadi misteri sampai sekarang apabila 'motif' pembunuhan tidak diketahui.

No comments:

Post a Comment