14 February 2010

8 maut serangan terbesar di India sejak kes di Mumbai

PUNE, India 13 Feb - Sebutir bom meletup dalam sebuah restoran yang padat di bandar Pune semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 8 maut. Serangan yang turut menyebabkan seorang warga asing maut itu merupakan serangan yang terbesar di India sejak serangan di Mumbai pada 2008.

Letupan itu berlaku sehari selepas India dan Pakistan setuju bertemu untuk perbincangan peringkat tertinggi di New Delhi pada 25 Februari ini.

Polis berkata bom itu disembunyikan di dalam sebuah beg yang ditinggalkan di restoran German Bakery yang menjadi tumpuan pelawat Yahudi dan Eropah, sewaktu ia penuh dengan para pelancong pada malam Sabtu.

"Kami mendengar bunyi yang kuat dan kami semua bergegas keluar. Kesannya sungguh kuat sehinggakan terdapat cebisan mayat di merata-rata tempat," kata pekerja restoran berkenaan Vinod Dhale.

Letupan itu menyebabkan papan tanda restoran tersebut jatuh, memecahkan tingkap dan menyebabkan lubang besar di dalam restoran itu. - REUTERS

No comments:

Post a Comment