08 February 2010

26 ditahan dalam Operasi Taubat

KUANTAN - Seramai 26 pengunjung pusat hiburan termasuk dua wanita ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam Operasi Taubat awal pagi semalam.

Ketua Penguat Kuasa Agama JAIP, Ahmad Raffli Ab. Malek berkata, kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 20 hingga 55 tahun, iaitu 15 ditahan kerana kesalahan meminum arak manakala 11 lagi kesalahan khalwat.

Operasi yang bermula pada pukul 12 tengah malam dan berakhir pada pukul 2 pagi itu melibatkan 40 anggota JAIP dan polis yang memeriksa tiga premis hiburan di sekitar bandar Kuantan. - Kosmo

No comments:

Post a Comment