KABUL 15 Feb. – Serangan roket ke atas Taliban di wilayah selatan Helmand oleh tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Afghanistan tersasar dan menyebabkan 12 orang awam terbunuh, semalam.
“Insiden yang mengorbankan mereka yang tidak bersalah ini amat disesali. Kami amat bersimpati dan akan memastikan kejadian seperti ini tidak berulang,” kata Jeneral Amerika Syarikat yang juga komander NATO, Stanley McChrystal.
Presiden Afghanistan, Hamid Karzai turut menyuarakan kesedihannya. Beliau mengesa supaya NATO berhati-hati dalam operasi ini bagi mengelak orang awam terbunuh.
Serangan ke atas kubu kuat terakhir pemberontak di Marjah ini merupakan operasi terbesar sejak pencerobohan terhadap Afghanistan yang diketuai AS pada 2001. – Reuters
* Kejam sungguh orang munafik...
No comments:
Post a Comment