14 February 2010

116 warga asing ditahan dalam Operasi Kutip

SEREMBAN 14 Feb. - Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 116 warga asing atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam ”Ops Kutip” di sekitar bandar ini dan Nilai, di sini hari ini.

Pengarahnya, Pisal Mustafa berkata, sebahagian besar warga asing yang ditahan itu terdiri daripada 68 warga Indonesia dan 13 warga Myanmar dan selebihnya warga India, Kemboja, Pakistan, Vietnam, Nigeria dan Nepal berumur antara 22 dan 38 tahun.

Beliau berkata, mereka yang ditahan atas kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan Imigresen dan kesemua mereka yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng. - Bernama

No comments:

Post a Comment