NEW YORK 1 Jan. – Walt Disney Co. menyempurnakan pemilikannya ke atas Marvel Entertainment Inc. melibatkan perbelanjaan bernilai AS$4.24 bilion (RM 15 bilion) semalam, membawa Spider-Man, Iron-Man dan 5,000 lagi karakter lain di bawah satu syarikat bersama Mickey Mouse dan Donald Duck.
Pemegang saham Marvel meluluskan pemilikan tersebut awal, semalam.
Ketua Eksekutif Marvel, Isaac `Ike’ Perlmutter, yang memiliki 37 peratus saham Marvel turut menyokong pemilikan itu. Dia akan memantau perniagaan Marvel dan melaporkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Robert Iger.- AP
No comments:
Post a Comment