REMBAU 13 Jan. – Tempoh tahanan reman terhadap suspek kes pembunuhan ngeri empat sekeluarga di Kampung Batang Rokam, Gemencheh di sini dilanjutkan tujuh hari lagi sehingga 19 Januari ini.
Perintah tempoh lanjutan itu diperolehi polis daripada Majistret Siti Norshafrida Hashim di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tempoh reman ke atas Rashidi Ismail, 34, berakhir hari ini selepas ditahan sejak 7 Januari lepas bagi membantu siasatan polis dalam kes pembunuhan itu.
Dalam kejadian 5 Januari lepas, empat orang terdiri daripada sepasang suami isteri warga emas serta menantu lelaki dan cucu perempuan mereka ditemui mati dalam keadaan ngeri di dua buah rumah yang terletak bersebelahan, di kampung itu. – Bernama
No comments:
Post a Comment