13 January 2010

Talian Teledera 1-800-88-3040 ditamatkan

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Perkhidmatan talian bebas tol Teledera 1-800-88-3040 akan ditamatkan untuk menjadikan Talian Nur 15999 sebagai talian utama mengenai aduan, bantuan dan pertanyaan kes-kes penderaan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penyelarasan penggunaan Talian Nur 15999 mengenai kes penderaan akan berkuatkuasa mulai Jumaat ini.

Talian Teledera yang beroperasi 24 jam sehari, diwujudkan sejak 1992 bagi membolehkan orang ramai melaporkan kes penderaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment