Menurut laman web TMZ.com kelmarin, pengasas bersama syarikat filem lucah, Vivid, Steven Hirsch ditemui oleh seorang wanita yang telah memberikannya satu pita video seks Woods.

Hirsch berkata, dia telah melihat 30 saat video itu yang dirakamkan dua tahun lalu tetapi enggan mengesahkan identiti lelaki dalam rakaman tersebut ialah Woods.
Peguam-peguam Woods telah menghantar surat ancaman tuntutan undang-undang terhadap sesiapa yang menerbitkan gambar dan video bogel bintang golf itu.
Pendedahan pita video itu merupakan contoh terbaru industri lucah cuba mengambil kesempatan daripada skandal Woods. Vivid pernah membuat tawaran sebanyak AS$1 juta (RM3.38 juta) kepada wanita yang dapat membuktikan bahawa dia ialah kekasih Woods sekali gus menandatangani kontrak dengan syarikat tersebut.
Pihak media sebelum ini mendedahkan Woods mempunyai hubungan sulit dengan 14 wanita walaupun dia sudah berkahwin dengan bekas model Sweden, Elin Nordegren dan mempunyai dua anak. - Agensi
No comments:
Post a Comment