28 January 2010

Program Rakan Muda dikaji semula - Ahmad Shabery

PUTRAJAYA 28 Jan. – Kementerian Belia dan Sukan akan mengkaji sama ada program Rakan Muda masih relevan dalam konteks masyarakat masa kini selepas menerima input daripada kepimpinan baru Majlis Belia Malaysia (MBM).

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, menteri kementerian berkenaan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, sekiranya diperlukan, kerajaan akan mengemaskinikan program itu bagi memastikan ia relevan dengan kehendak semasa.

"Rakan Muda ada sejarah tersendiri, lebih dari 10 tahun dahulu di mana dilihat bahawa ramai anak-anak muda tidak mahu menyertai persatuan kerana rasa kesukaran mereka dengan persatuan-persatuan yang banyak didokong oleh mereka yang bukan dalam lingkungan umur tertentu.

"Maka Rakan Muda diketengahkan. Sekarang, persatuan-persatuan belia semuanya didokong oleh golongan muda, jadi adakah Rakan Muda masih relevan kerana dilihat seperti persatuan tetapi program-programnya dikendalikan oleh kerajaan, terutama dalam zaman yang lebih kreatif dan liberal ini?” kata beliau.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat Presiden baru MBM, Mohamad Maliki Mohamad Rapiee dan anggota baru majlis eksekutif pertubuhan itu. – Bernama

No comments:

Post a Comment