rais.johari@kosmo.com.my
SEREMBAN - Rujukan akhbar Kosmo! akhirnya membawa makna kepada salah seorang daripada lima anggota polis termasuk polis bantuan yang menerima penghargaan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, di sini semalam.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhh_D0SH9iG0Fdc79HU-87YNrzTBGY3yhrdXqiqgMwCmH3zgsq2pGs-uG4em23VKb8ekAOWxVXBVFWwwyuUe3IczERGKtlW6cO1Al1Ds3uODaQEi26evD-bepUedwVyAhDfpIeBp8VNhxU4/s400/Untitled.jpg)
Kosmo! menyiarkan gambar suspek kes pembunuhan empat sekeluarga di Gemencheh 1 Januari lepas menjadi rujukan polis bagi membantu siasatan ke atas suspek, Rashidi Ismail, 34, yang ditahan berhampiran Masjid Jamek, Kuala Lumpur sehari selepas kejadian.
Individu yang menerima penghargaan itu ialah Sub Inspektor Tajudin Muhamad Ismail yang merupakan Timbalan Ketua Polis Balai Dang Wangi dan Koperal Othman Omar dari balai yang sama.
Manakala tiga lagi individu merupakan pekerja RapidKL iaitu Konstabel Polis Bantuan (PB) Mohd. Khairul Fadli Daud, Konstabel PB Mohamed Nori Nordin dan Pegawai Keselamatan Mohd. Raffi Mohd. Akbal.
"Sebaik suspek dibawa oleh polis bantuan RapidKL ke Balai Polis Dang Wangi, saya telah membuat pengecaman wajah suspek melalui paparan media akhbar Kosmo!.
"Selepas saya amati wajah serta nama yang tertera itu, maka saya yakin lelaki itu adalah individu yang dikehendaki dalam kes bunuh di Gemencheh,'' kata Tajudin selepas menerima sijil penghargaan daripada Osman di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini semalam. - Kosmo
No comments:
Post a Comment