KUALA LUMPUR – Polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci berhubung kes samun bersenjata membabitkan sebuah klinik di pinggir Kuala Lumpur pada awal Disember lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar (gambar) berkata, pihaknya telah mengarahkan polis Ampang Jaya supaya memandang serius maklumat yang diberi oleh orang ramai supaya kepercayaan terhadap pasukan penguat kuasa itu dapat ditingkatkan.
“Polis sedang giat mengesan penjenayah tersebut dengan bantuan kamera litar tertutup (CCTV) yang kami peroleh ketika kejadian.
“Kita tidak pernah lupa untuk menjejaki penjenayah yang terlibat atau melengahkan siasatan kerana itu bukanlah sifat semula jadi polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambahnya, orang ramai yang membuat laporan tidak perlu bimbang kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara adil dan telus.
Menurut Khalid, cepat atau lambat selesainya sesuatu kes itu bergantung kepada maklumat dan bukti-bukti yang diperoleh pihaknya.
“Saya yakin polis akan menjalankan siasatan rapi dan orang ramai tidak perlu bimbang dalam soal ini,” katanya. - Kosmo
* Buru sampai ke lubang cacing
No comments:
Post a Comment