Filem dan media selama ini memberi gambaran hamba abdi bekerja keras di padang pasir bagi membina piramid besar itu hanya untuk menemui kematian yang dahsyat di akhir usaha mereka."Kubur-kubur ini dibina bersebelahan piramid raja, yang menunjukkan bahawa mereka ini bukanlah terdiri di kalangan hamba abdi," menurut ketua ahli arkeologi, Zahi Hawass yang mengetuai pasukan penggalian Mesir dalam satu kenyataan.
"Sekiranya mereka adalah hamba abdi, mereka tidak akan dibenarkan untuk membina kubur mereka sendiri bersebelahan makam raja," katanya.
Beliau berkata, penemuan kubur pekerja itu dengan sesetengah darinya ditemui pada tahun 1990-an, adalah antara penemuan bermakna dalam abad ke-20 dan 21.
Ia adalah kepunyaan pekerja-pekerja yang membina piramid Khufu dan Khafre.
Hawass terdahulu menemui grafiti pada dinding daripada pekerja-pekerja yang menggelar mereka sebagai 'sahabat khufu', sebuah lagi tanda yang menunjukkan mereka bukan hamba abdi.
Kubur itu yang terletak di menara Giza di barat Kaherah dianggarkan berusia 4,510 tahun dan berada satu kilometer di pintu masuk Nekropolis.
Menurut Hawass, bukti yang ditemui menunjukkan petani di Delta dan kawasan atas Mesir telah menghantar sebanyak 21 ekor kerbau dan 23 ekor kambing biri-biri ke menara itu setiap hari sebagai sumber makanan kepada pekerja-pekerja itu yang dipercayai seramai 10,000 orang atau menyamai askar Greek 100,000 orang.
Petani-petani ini dikecualikan daripada membayar cukai kepada kerajaan purba Mesir, bukti yang mana menurutnya menyokong fakta bahawa mereka menyertai sebuah projek negara. - Reuters
No comments:
Post a Comment