14 January 2010

Percepat bawa pulang Sultan

KOTA BHARU - Kerajaan negeri merancang untuk mempercepatkan proses membawa pulang Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang masih mendapat rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura untuk rawatan susulan di hospital negara ini.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, cadangan itu dibuat berikutan kebimbangan terhadap reaksi rakyat negeri itu yang dilihat semakin kurang bertanya dan menyebut mengenai Sultan Kelantan berbanding sebelum ini.

"Saya perasan sudah lama rakyat tidak tanya apa-apa pasal sultan. Saya berasa sangsi lama sangat sultan tidak ada, saya bimbang sultan terlupa daripada ingatan rakyat.

"Kerajaan sedang rancang sebaik-baiknya untuk bawa balik sultan ke dalam negara," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim di sini semalam. - Kosmo

* Inilah gunanya bahasa...

No comments:

Post a Comment