SEPANG - Malang menimpa seorang penyamun apabila dia mati dengan matanya ditembusi cerucuk besi setelah dia terjatuh ke dalam lubang di tapak pembinaan ketika melarikan diri daripada polis.
Kejadian pada pukul 2.30 pagi itu berlaku di Tapak Projek Perumahan Lestari, Batu 2, Jalan Bangkung, Sungai Pelek di sini semalam ketika suspek berusia 20-an bersama lima lagi rakannya baru menyamun 12 penghuni di enam buah rumah kongsi di situ.
Semasa kejadian kumpulan penyamun berketurunan India yang menutup muka dengan kain itu menyamar sebagai polis atau anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan mereka juga memakai vest berwarna hijau pantul cahaya yang sering dipakai oleh polis.
Mereka bersenjatakan parang dan pisau bagi menakut-nakutkan mangsa-mangsanya. - Kosmo
No comments:
Post a Comment