14 January 2010

Pelabur, penternak cacing bertemu

KUALA LUMPUR - Penternak cacing yang juga pengasas ladang ternakan Klang Worm Agrotech, G. Sivakumar meminta kira-kira 3,000 pelabur dan penternak yang kerugian lebih RM30 juta melalui skim pelaburan penternakan cacing menghadiri satu perjumpaan yang akan diadakan Jumaat ini.

Beliau berkata, perjumpaan itu akan diadakan di pejabat syarikat Kulim Worm Agrotech (KWA) (M) Sdn. Bhd. cawangan Kuala Lumpur di Lot 261 & 263, Jalan Tun Razak di sini pada pukul 5 petang.

"Saya menyeru dan memanggil semua yang terlibat untuk berjumpa bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang sewajarnya, mungkin kita akan membawa kes ini ke mahkamah, lantik peguam atau memanggil ketiga-tiga pengarah terbabit," kata Sivakumar di sini semalam. - Bernama

No comments:

Post a Comment