13 January 2010

Melaka tawar YBK tapak kampus UiTM

MELAKA 13 Jan. - Kerajaan negeri Melaka menawarkan satu kawasan di negeri ini jika Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor gagal untuk membina kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, Rawang, Selangor.

Sambil berharap tawaran itu dipersetujui YBK, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerajaan negeri telah menyediakan satu kawasan seluas 87.2 hektar di Semujuk, Jasin dekat sini, bagi pembinaan kampus UiTM yang baru.

Menurutnya, sekiranya YBK bersetuju dengan tawaran itu, mereka boleh memulakan kerja pembinaan kampus UiTM terbabit mulai tahun ini.

"Kita juga telah menghantar surat kepada yayasan berkenaan dan pada dasarnya, mereka sudah bersetuju.

``Kini, kita hanya menunggu keputusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada untuk meluluskannya atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabatnya di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment