02 January 2010

JPM akan kemuka rayuan berhubung kalimah Allah

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai penggunaan perkataan “Allah” di Mahkamah Rayuan bagi tindakan dan pembelaan sewajarnya demi memastikan kesucian Islam di Malaysia terpelihara.

Justeru itu, Menteri di JPM Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom meminta semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam di negara ini supaya bertenang dan menghormati keputusan mahkamah serta memberi peluang perkara itu diselesaikan melalui proses perundangan.

"Dalam hal ini, saya akan mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan dengan pihak NGO dalam masa terdekat bagi mendengar pandangan mereka dan membincangkan perkara ini selanjutnya, “ katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment