06 January 2010

'Datuk selalu pukul saya'

KUALA LUMPUR: “Dia kata saya jalang,” kata bekas madu kepada penyanyi Etnik Kreatif, Noraniza Idris ketika memberi keterangan dalam permohonan cerai fasakh, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, semalam.

Plaintif, Mastura Bakar, 24, yang memohon membubarkan perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Muhamad Mustaffa Idrus, 54, berkata ketika bergaduh, suami turut menuduhnya kafir serta tidak layak menjadi isteri. Menjawab pertanyaan Peguam Syarie, Roslizam Rahim yang mewakilinya, plaintif berkata, dia berasa tertekan kerana setiap kali berjumpa defendan pasti ada perkara yang tidak kena dan mereka akan bergaduh. “Pernah saya jumpa kunci kereta suami yang ditinggalkan di dalam kasutnya lalu saya ambil kunci itu dan membuka kereta. “Saya dapati telefon bimbitnya sengaja ditinggalkan di dalam kereta dan selepas diperiksa, saya nampak gambar suami saya dengan perempuan lain dan mesej-mesej cintanya. Bila saya tanya, dia menafikan dan naik angin,” katanya dalam nada sebak. Tambah plaintif yang pernah berkerja sebagai pembantu jualan di sebuah kedai barang kemas, defendan seorang yang gemar berfoya-foya dan mendakwa defendan pernah meniduri lebih 10 wanita. “Saya tahu perkara itu kerana saya menelefon mereka berdasarkan nombor telefon yang terdapat di dalam telefon bimbit suami saya,” katanya. Kes itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Mohd Yunus Mohamad Zin, manakala defendan yang tidak hadir ke mahkamah diwakili Peguam Syarie Zaid Ibrahim. Pasangan itu bernikah pada 2 Jun 2005 dan dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara tiga hingga lima tahun. Menurut Mastura, apabila mereka bergaduh, defendan mula menghempas barang di dalam rumah, menyepak, terajang dan pernah melanggarnya dengan kereta. Tambah plaintif, tidak cukup didera secara fizikal, defendan juga memaksanya melakukan hubungan seks, namun apabila dia enggan menuruti kemahuan suaminya, defendan akan mengasari dan meliwatnya. ROSLIZAM: Nyatakan apakah alasan kamu menuntut fasakh.


MASTURA: Sebab suami saya sudah banyak beri tekanan pada saya. Dia selalu pukul saya, sepak terajang, pernah langgar saya dengan kereta. ROSLIZAM: Berapa kali dia melakukan perbuatan itu? MASTURA: Saya tak ingat.


ROSLIZAM: Langgar dengan kereta? MASTURA: Sekali.


ROSLIZAM: Setiap kali kamu didera adakah kamu membuat laporan polis? MASTURA: Ada. ROSLIZAM: Selain rasa tertekan akibat didera secara fizikal, apa lagi yang dilakukan defendan yang memberi tekanan kepada kamu? MASTURA: Saya rasa takut untuk tinggal bersama dengan defendan kerana setiap kali berjumpa mesti ada benda yang tidak kena. ROSLIZAM: Selain itu ada tak dia ucapkan apa-apa perkataan yang tidak sepatutnya terhadap kamu? MASTURA: Dia cakap menyesal kahwin dengan saya, saya tak pernah jaga dia dan menghina keluarga saya. Dia juga pernah panggil saya jalang serta mendakwa saya suka bersosial. ROSLIZAM: Apa perasaan kamu apabila dia berkata begitu? MASTURA: Mula-mula saya memang marah tapi lepas itu saya rasa sedih. ROSLIZAM: Selain penderaan fizikal, apa lagi yang buat kamu tertekan? MASTURA: Dia paksa saya tidur dengannya. Apabila saya menolak dia bertindak kasar dan dia pernah meliwat saya. ROSLIZAM: Bagaimana pula dengan isu poligami? MASTURA: Pada awal perkahwinan, saya tidak tahu bahawa saya adalah isteri keempat. Suami beritahu dia pernah berkahwin dan mempunyai anak. Bila saya tanya anak ada di mana?... dia beritahu ada bersama ibu mereka. ROSLIZAM: Bila kamu tahu kamu adalah isteri keempat? MASTURA: Selepas saya melahirkan anak pertama, setahun selepas itu. ROSLIZAM: Selepas berkahwin dengan kamu, adakah defendan berkahwin lagi? MASTURA: Ada. Dia berkahwin dengan tiga orang. Pertama Noraniza Idris, Amelia Fitri dan seorang lagi dikenali sebagai Killi. ROSLIZAM: Bagaimana kamu tahu dia berkahwin lain? MASTURA: Defendan sendiri mengaku kepada saya. Perbicaraan bersambung hari ini. - Mymetro

No comments:

Post a Comment