JAKARTA: Pemenang program realiti mencari pasangan hidup Take Me Out Indonesia, Ayu Oktasari tidak mahu membawa kes penyebaran gambar seksinya di internet ke mahkamah atau membuat laporan kepada polis walaupun mendakwa dirinya difitnah.
Sebaliknya, model itu menyerahkan sepenuhnya kepada Tuhan dan berdoa supaya mereka yang menyebarkan fitnah itu diberi petunjuk.
“Saya tidak akan membuat laporan polis atau mengambil tindakan mahkamah. Tunggulah balasan di akhirat nanti. Saya doa moga orang yang melakukannya diberi petunjuk,” katanya ketika ditemui di Jakarta Selatan.
Web berita Waspada melaporkan, beberapa gambar separuh bogel Ayu muncul di internet hanya beberapa hari sebelum beliau bersama seorang lagi pemenang yang menjadi pasangannya dalam rancangan itu, Egy, dijadualkan bertunang. - Agensi
No comments:
Post a Comment