JAKARTA 31 Dis. - Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Indonesia hari ini memberi amaran kemungkinan berlakunya serangan pengganas sempena sambutan Tahun Baru di Bali, berdasarkan maklumat diterima daripada Gabenor Bali.
Namun pihak berkuasa tempatan pulau peranginan itu menyatakan mereka tidak mengetahui apa-apa mengenainya.
Pihak kedutaan telah menghantar e-mel kepada rakyat AS yang memetik Gabenor Bali, Mangku Pastika sebagai berkata, "Terdapat petunjuk mengenai satu serangan di Bali, malam ini. Tolong jangan panik tetapi letakkan diri anda dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya".
Jelas kedutaan AS lagi, Badan Pelancongan Bali telah menyebarkan amaran tersebut dan meminta rakyat AS perlu memantau media tempatan dan berjaga-jaga terhadap sebarang ancaman di Indonesia.
Bagaimanapun, jurucakap gabenor, Putu Suardikan menyatakan mesej sedemikian tidak penah dikeluarkan.
"Setakat yang saya tahu, gabenor tidak pernah menyebut atau menulis kenyataan atau amaran yang menyatakan kemungkinan serangan bom di Bali," katanya lagi.
Ketika usaha antikeganasan masih diteruskan dan sebahagiannya mencatatkan kejayaan, elemen keganasan telah menunjukkan kesediaan dan kemampuan untuk melancarkan serangan berdarah dengan sedikit atau tanpa amaran langsung," demikian menurut e-mel berkenaan.
Amaran itu dikeluarkan enam bulan selepas serangan berani mati oleh sebuah kumpulan yang mengaku sebagai sayap al-Qaeda, membunuh sembilan orang dan mencederakan lebih 50 yang lain di hotel mewah Ritz-Carlton dan J.W. Marriott di Jakarta.
Bali sebelum ini banyak kali diserang pengganas dengan jumlah terbesar kematian lebih 220 orang dicatatkan pada 2002 dan 2005, yang disasarkan ke atas pelancong Barat.
Unit antikeganasan Indonesia menyatakan bahawa ia telah menerima amaran tersebut, namun masih belum dapat mengesahkan kebenarannya. - AGENSI
* Siapa nak serang? Hantu Nordin Mat Top?
No comments:
Post a Comment